Monday, October 12, 2009

SUSAH NAK DILONTARKAN

Bila aku baca tulisan kawan-kawan yang panjang lebar membuatkan aku sama –sama ingin melempiaskan pandangan dan bukan luahan perasaan. Dalam suasana yang kurang selesa antara bimbang dan risau kadang-kadang orang akan jadi terus diam. Sesetengah kita memikirkan sesuatu untuk memberi teguran dan pandangan. Bimbang dan risau kalau-kalau apa yang diperkatakan itu akan menyebabkan orang lain terguris hati tapi adakah kita fikir orang lain akan fikirkan yang kita terguris hati. Aku fikir sudah tentu tidak. Teguran dan pandangan adalah dua perkataan yang berbeza. Apakah teguran hanya boleh orang tua kepada orang muda bapa hanya kepada anak bos kepada kulinya. Persepsi inikah yang kita semua pegang. Biarlah orang yang tidak mengaji sahaja yang berpendirian macam ini. Bahkan orang yang tak mengaji pun tidak berpendirian yang sedemikian.

Teringat aku cerita sahabat karib seorang usahawan yang tidak berpelajaran dan bukan dari golongan yang senang. Tapi beliau hanya ada 2 perkara sahaja dalam dirinya untuk Berjaya iaitu semangat dan usaha. Dia menceritakan kepada aku setiap kali menyambut hari raya seluruh anak-anaknya akan berkumpul dirumahnya selepas bersalaman dia akan memberi nasihat pada anak2 nya. Kemudian beliau membuka ruang kepada anak-anaknya untuk menyatakan sesuatu atau teguran kepada beliau. Sebelum membuka ruang tersebut beliau menyatakan kepada anak-anaknya, “anak-anak abah yang lain jangan kata apa kat abah kalau abah bagi lebih kat abang long dan abang ngah kalau abang minta adik kena bagi, sebab depa ni keja lebih dengan abah nak bagi adik-adik lain mengaji”. Maka aku kata padanya bagus la macam tu. Lalu dia kata sebenarnya saya silap ustaz, oleh kerana saya kata macamtu la anak-anak saya senyap tak tegur apa yang saya buat tu salah. Tersentak aku dibuatnya. Lalau aku bertanya sebab apa kata macam tu, katanya “ abang dua orang tu sudah tentu senyap sebab apa depa nak….. dapat kalau tak dak duit ambil dengan adik saja walaupun kerja buat telah diagihkan manakala adik-adik yang lain pula sudah tentu tidak akan berkata sesuatu kerana abah menutup ruang dalam buka”. Akhirnya abang long taik pening abang ngah taik ekor.

Antara cetusan rasa dan surat layang aku rasa semua orang faham keadaanya. Tak perlu aku hurai panjang lebar disini kalau tak faham pi Tanya orang yang faham. Kita juga boleh bezakan apa tujuan cetusan minda dan surat layang. Ternyata sekiranya tidak boleh menerima hakikat ini maka jangan dihulur sebarang kertas. Aku berpandangan tidak ada sesiapa pun dikalangan sahabat aku yang ingin menghentam atau mengutuk atau memburukan sesuatu yang elok. Kalu tak silap aku orang tua-tua ada berkata kalu kita nak tahu keburukan diri,kita jangan tanya kepada sahabat karib kerana tiada yang buruk baginya hanya kebaikan saja yang mampu diungkapkan. Apatah lagi selalu boleh makan free bersamanya. Manis bila diperlukan tawaq hebiaq bila telah digunakan. Sekiranya mencari untuk kebaikan sudah pasti kebaikan juga menjengah tiba. Semua orang nak dipuji dan tak suka memuji tanpa kepentingan. Apakah tulisan yang ditulis pada sehelai kertas tersebut mengaharapkan pujian sepenuhnya…… bagi aku sekiranya lakaran pada kertas tersebut kurang sedap dibaca dan tiada pujian anggaplah ianya sebagai kenakalan anak muda dalam berbicara jangan lah membaca dan menghuraikannya serta memberi amaram kepada kami sesungguh itu adalah kerja yang sia-sia belaka.

Profesionallah dalam semua perkara. Mungkin sudah lupa kalau dulu dinamakan kursus profesionalisme tetapi kini sudah bertukar arah dengan kursus khas. Kalau seorang kaunselor mendengar masalah sesorang adakah patut dia menceritakan pada orang lain. Kita diberi pendedahan mengenai protocol tapi adakah dapat diaplikasikan semasa kursus. Aku rasa amat pelik semasa slot dengan polis, slot ini agak formal kerana kedatangan pegawai tersebut disambut dan menyanyikan lagu negeraku dan asmaulhusna, apa yang menariknya peserta yang briefing kepada peserta bukan dari urusetia. Nasib baik la peserta ni pegawai protocol dalam TKRS. Bila aku baca tulisan Rokhaimi berkenaan guru bestari ini sebenarnya tak akan selesai kalu tak diselesaikan. Aku fikir mampukah kita untuk bagitau kepada GB atau bos kita yang kita tak boleh pegang jawatan tersebut kalau kita membantah maka markah prestasi juga akan membantah. Situasi ini ibarat di telan mati bapa di luah mati emak akhirnya kita kulum saja dan tak boleh bercakap dan menegur sapa dok diam-diam.

Dalam kitab madkhal ila da’wah karangan sheikh abu fateh albayanuni menekan tiga konsep utama atau rukun dakwah iaitu da’e mad’u dan maudu’ ketiga –tiga merangkumi sifat dan adab da’e hak bahagian-bahagian dan hak serta kewajipan mad’u dan merangkumi tajuk am dan khas didalam islam. Dalam surah annahlu Allah S.W.T ayat 125 jelas kepada menyeru dengan penuh hikmah berbahas dengan cara yang baik. Aku tak mau menghuraikan ayat ini kerana aku pun tak pandai jadi aku pinjam ayat nabil lu fikir la sendiri.perlukan kita berdakwak secara serius. Adakah dalam dakwah tak boleh bergurau. Hendaklah memahami kehendak audian kami ini sekolah rendah kaedah dan pendekatan dengan sekolah menengah adalah berbeza. Sebagai contoh ada yang tulis di cetusan minda peruntukan tiada untuk laksana program. Dicadangkan oleh pihak urusetia jual tuala wanita……….. nak jual kat sapa budak darjah satu ka kalu darjah 5 dan 6 pun berapa orang lagipun bukan dok asrama mak pak depa beli belana kat rumah apa kita nak sibuk.

Kita sebenarnya ada banyak benda yang patut dibincangkan dan diselesaikan masalah maka sama-sama lah kita fkirkannya jangan sampai bila orang lain tuding jari kearah kita baru nak melompat… sapa pun tak mampu nak berkerja sorang diri melainkan kita berkerja bersama. Kita berkerja sama-sama bukan berkerja untuk seseorang…..