Monday, April 26, 2010

SENYAP SUNYI SEPI

lama sudah kengkawan aku berhenti daripada menuliss blog kemana perginya mereka semua ini. Saban kali aku menjengah dalam dunia blogger semua rakan blogger aku tidak update . kemana perginya akhimizi, rokhaimi. akmal, md isa, amir dann ramai lagi rasanya . mungkin tiada berita untuk dimuatkan mungkin berita terlalu banyak tetapi tiada masa untuk menggerakkan jari untuk mengarangnya atau mungkin merasakan sudahh tiada faedah untuk menulis sesuatu yang mungkin akan menjadi isu besar untuk diperbahaskan.

pandangan pendapat dan persepsi ini mungkin akan menyenangkan sesetengah pihak dan mungkin akan menjadi kepedihan kepahitan dan ketidak senangan kepada sesetengah pihak. lumrah duania. aku sendiri sebenarnyaa sudahh malas untuk menulis dialam blog ini. merasakan sudah tiada kepentingan atau tiada suasana perbincangan untuk diperkatakan. maka lebih baik menumpukan kepada perkara yang lebih utama ............ atauu menulis sebagai diari peribadi sahaja.

Sunday, February 21, 2010

AKAUNTABILITI DAN KEIKHLASAN

Agak lama aku tak sempat menonton berita tv diwaktu perdana tapi malam ini aku diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menonton berita diwaktu perdana. Menarik perhatian aku malam ini golongan profesional yang mempunyai darjat yang tinggi dalam dunia perubatan juga tidak mahu bertugas dipendalaman walaupun diberikan insentif yang lebih. (petikan dari mstar online)

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini berkata tidak wujud masalah kekurangan doktor di negara ini tetapi lebih kepada isu penempatan doktor-doktor berkenaan.

Presidennya Dr David K.L. Quek berkata ini kerana kebanyakan doktor keberatan untuk ditempatkan di kawasan pedalaman sekalipun Kementerian Kesihatan telah menawarkan insentif yang lebih menarik.

Masalah itu boleh ditangani jika kerajaan memperkenalkan polisi penempatan yang lebih tersusun dan adil, katanya menerusi kolum Presiden yang dimuatkan dalam buletin terkini MMA....... (sekian adanya)

Kedudukan mereka amat hebat dan perjuangan mereka juga tidak ternilai di mata ukuran dunia didalam menyelamatkan nyawa manusia yang berada disaat yang getir yang memerlukan syifa' .


maka terlintas dipemikiran aku mengenangkan nasib sahabat-sahabat warga pendidik yang berada jauh nun di pendalaman samaada di semenanjung atau sabah sarawak. walaupun mereka diberi insentif yang berbeza aku rasakan insentiff itu habiss dengan membeli BBM untuk P&P sahaja. kalu tidak pun untuk hadiah anak2 didik seadanya. ketika berjimat cermat duit poket lah yang menjadi keikhlasan.

persoalannya disini apakah status kedoktoran ini sama status keguruan ...........

Thursday, January 14, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT



14.1.10 majlis bacaan yassin telah diadakan di taman jalai jaya fasa 2 hasil daripada permuafakatan penduduk majlis berjalan dengan lancar. Memohon kepada Allah S.W.T agar hidup dalam keadaan aman dan sentosa. gamabar masa baca yassin tak sempat nak ambill sebab kena baca doa kaum muslimat dan anak-anak diberi makan awal lagi........