Sunday, February 21, 2010

AKAUNTABILITI DAN KEIKHLASAN

Agak lama aku tak sempat menonton berita tv diwaktu perdana tapi malam ini aku diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menonton berita diwaktu perdana. Menarik perhatian aku malam ini golongan profesional yang mempunyai darjat yang tinggi dalam dunia perubatan juga tidak mahu bertugas dipendalaman walaupun diberikan insentif yang lebih. (petikan dari mstar online)

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini berkata tidak wujud masalah kekurangan doktor di negara ini tetapi lebih kepada isu penempatan doktor-doktor berkenaan.

Presidennya Dr David K.L. Quek berkata ini kerana kebanyakan doktor keberatan untuk ditempatkan di kawasan pedalaman sekalipun Kementerian Kesihatan telah menawarkan insentif yang lebih menarik.

Masalah itu boleh ditangani jika kerajaan memperkenalkan polisi penempatan yang lebih tersusun dan adil, katanya menerusi kolum Presiden yang dimuatkan dalam buletin terkini MMA....... (sekian adanya)

Kedudukan mereka amat hebat dan perjuangan mereka juga tidak ternilai di mata ukuran dunia didalam menyelamatkan nyawa manusia yang berada disaat yang getir yang memerlukan syifa' .


maka terlintas dipemikiran aku mengenangkan nasib sahabat-sahabat warga pendidik yang berada jauh nun di pendalaman samaada di semenanjung atau sabah sarawak. walaupun mereka diberi insentif yang berbeza aku rasakan insentiff itu habiss dengan membeli BBM untuk P&P sahaja. kalu tidak pun untuk hadiah anak2 didik seadanya. ketika berjimat cermat duit poket lah yang menjadi keikhlasan.

persoalannya disini apakah status kedoktoran ini sama status keguruan ...........