Sunday, September 27, 2009

ANTARA CELIK DAN PEJAM

Berlalu sudah bulan penuh keberkatan. Apakah semangat Ramadhan masih dalam setiap diri manusia. Antara pejam dan celik semangat itu kadang-kadang berubah dengan pantas. Ada antaranya pejam dalam celik ada juga yang pejam-pejam celik atau celik-celik terus pejam........
semua itu menjadi lumrah alam belaka. Sedang aku menulis entri ini kenapa rakan-rakan seperjuanagnku sunyi sepi dari menulis didalam blog masing-masing. Kemana perginya akhimizi, Rokhaimi, Md Isa cuma akmal yang telah memasukan entri baru yang sememangnya menarik. Mungkin idea yang muncul setelah beberapa jam terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan hutan belantara kelapa sawit jauh nun di pahang. Aku sendiri pun dah malas nak masukan entri baru. entah kenapa.......... nak kata dah lama dalam dunia blog nie tak juga.........

Walaubagaimanapun aku tetap sangka baik dengan semua sahabat. Aku tahu mereka semua ini orang kuat berkerja,semua orang tahu kalau tak tahu mungkin disebabkan celik-celik pejam. tapi dalam dunia sekarang nie kadangkala orang yang menilai juga ada yang pejam. Sampai bila suasana ini akan berlaku. dalam dunia ICT sekarang ini kita mampu untuk berforum kerana kemudahan ini mampu menjadi milik kita tetapi kemudahan yang ada disekolah belum pasti mampu untuk kita gunakan. Mungkin kalau kita guru subjek teras bukan sekadar diberi keutamaan untuk mengguna bahkan menjadi milik tetap menggunakannya.

sedarlah bahawa kita hanya celik dalam kelemahan tetapi kita pejam dalam segala kabaikan kenapa sukar bagi kita untuk memuji orang lain tentang kebaikan kita tutup keaiban.

Thursday, September 24, 2009

DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAK DI SKAAAT

berbaris murid lelaki menerima duit raya

menuggu ikut giliran barisan

PK 1 dan Guru Besar bersalaman memberi duit raya


Best betoi la aku tengok murid-murid sekolah aku terima duit raya. lepass nie depa semua ada majlis jamuan hari raya plak cikgu support semua hebatt tuee. pakai baju raya plakk laa

Monday, September 14, 2009

RAMADHAN..........................

sudah lama aku tidak menulis entri baru dalam blog ini, bukan kerana merajuk atau sibuk dengan kerja tapi entah kenapa tetiba sahaja jari-jemariku menjadi beku untuk menulis. Dikala orang lain sibuk menulis degan pelbagai isu yang panas dan gempaq aku hanya mampu melihat dan membaca tulisan mereka. Aku bukannya ketandusan idea untuk menulis tetapi disaat ini aku lebih suka membaca isu yang mereka tulis untuk aku menilai sesuatu dengan padangan mata hati. mungkin semangat ramadhan kali ini aku lebih suka untuk membaca pandangan orang lain.

kini kita berada dipenghujung ramadhan yang akan meninggalkan kita semua, belum pasti ramadhan akan datang sempat kita lalui atau tidak. bagi aku ramadhan kali ini amat mencabar apabila putera sulongku telah mencapai usia satu tahun. Amat teruja bagiku apabila membuat persiapan hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi. karenah putera kesayangan menginsafi diri ini betapa besarnya pengorbanan ayah ibu aku suatu ketika dahulu. sekarang mereka melakar senyuman indah melihat karenah dan telatah cucu putera sulong dapat berbuka bersama setiap hari.Walaupun aku bagaikan mengejar masa untuk pulang kerumah sesudah berbuka kemudian bersiap sedia ke surau untuk solat terawih ianya telah menjadi rutin harian. yang penting ibu ayah tersenyum riang di bulan yang penuh barakah ini. Pernah satu hari aku tidak pulang berbuka bersama kerana aku mendapat jemputan majlis berbuka puasa di SMK Pulau Nyior serta diminta memberi ceramah sempena program ihya ramadhan terus ibu menelefon bertanya khabar kenapa tidak pulang, tersentak hati ini diatas pertanyaan bondaku.

Ramadhan tetap akan pergi, bulan yang penuh barakah ini telah dijanjikan dengan lailatul Qadar yang padanya mempunyai kebaikan seribu bulan. berkejarkah kita atau terkejarkah kita atau dikejarkah kita. Mudah mudahan sepuluh terakhir ini terlepas kita daripada seksaan api neraka ...