Monday, September 14, 2009

RAMADHAN..........................

sudah lama aku tidak menulis entri baru dalam blog ini, bukan kerana merajuk atau sibuk dengan kerja tapi entah kenapa tetiba sahaja jari-jemariku menjadi beku untuk menulis. Dikala orang lain sibuk menulis degan pelbagai isu yang panas dan gempaq aku hanya mampu melihat dan membaca tulisan mereka. Aku bukannya ketandusan idea untuk menulis tetapi disaat ini aku lebih suka membaca isu yang mereka tulis untuk aku menilai sesuatu dengan padangan mata hati. mungkin semangat ramadhan kali ini aku lebih suka untuk membaca pandangan orang lain.

kini kita berada dipenghujung ramadhan yang akan meninggalkan kita semua, belum pasti ramadhan akan datang sempat kita lalui atau tidak. bagi aku ramadhan kali ini amat mencabar apabila putera sulongku telah mencapai usia satu tahun. Amat teruja bagiku apabila membuat persiapan hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi. karenah putera kesayangan menginsafi diri ini betapa besarnya pengorbanan ayah ibu aku suatu ketika dahulu. sekarang mereka melakar senyuman indah melihat karenah dan telatah cucu putera sulong dapat berbuka bersama setiap hari.Walaupun aku bagaikan mengejar masa untuk pulang kerumah sesudah berbuka kemudian bersiap sedia ke surau untuk solat terawih ianya telah menjadi rutin harian. yang penting ibu ayah tersenyum riang di bulan yang penuh barakah ini. Pernah satu hari aku tidak pulang berbuka bersama kerana aku mendapat jemputan majlis berbuka puasa di SMK Pulau Nyior serta diminta memberi ceramah sempena program ihya ramadhan terus ibu menelefon bertanya khabar kenapa tidak pulang, tersentak hati ini diatas pertanyaan bondaku.

Ramadhan tetap akan pergi, bulan yang penuh barakah ini telah dijanjikan dengan lailatul Qadar yang padanya mempunyai kebaikan seribu bulan. berkejarkah kita atau terkejarkah kita atau dikejarkah kita. Mudah mudahan sepuluh terakhir ini terlepas kita daripada seksaan api neraka ...

0 comments:

Post a Comment