Thursday, August 20, 2009

tanggungjawab kepada keluarga, anak didik, masyarakat.

Mengimbaskan kembali dizaman bujang, boleh dikatakan oarang jarang memikirkan secara khusus tentang masayarakat kampung, keluarga dan juga anak didik. Yang pasti pergi kerja selesaikan kerja kita dan yang selebihnya kita berhadhari dengan seadanya. Nak fikirkan tentang keluarga ibu ayah masih ada begitu juga dengan kenduri kendara kalu rasa kena dihati dan rajin maka sampai laa tempat kenduri. Kemasjid atau kesurau rajin sampai laa kalau malas tak nampakk la.

Masa berlalu dengan pantass kini aku bergelar sebagai suami dan juga sebagai ayah. Masa berlalu begitu singkat dan sempit mungkin sesempit lubang kubor. menyedari hakikat ini kalau dulu sampai di rumah kurang lebih 3.30 petang kini aku lega sampai 2.30 petang tapi kekadang kesekolah pula samapai pukul 6.00 ptg pernah satu ketika aku pulang dari sekolah pukul 3.00 pagi. tapi tidak menjadi masalah kerana aku seronok melakukan segala kerja yang di tugaskan itu bersama rakan-rakan. Hati tidak bengkak kerja pun selesa.

Siang habiskan masa disekolah malam di masjid kadang-kadang di surau bila balik ke rumah aku tengok putera kesayangan sudah tidur tak sempat aku nak bermain dengannya. susah juga kalau hidup tak bermasyarakat ini. 2,3 malam kalau depa tak nampak muka depa ingat aku dah sakit ka apa kaa bahaya juga kalau dok melawak macamm nie. Masyarakat taman pun kena tanya habaq juga. Apatah lagi ibu ayah kena jenguk juga. Aku bersyukur kerana ibu ayah aku mengajar aku hidup bermasyarakat, maka aku tak jadi macam beruk masuk pekan. Pernah satu ketika tahun lepas aku diminta untuk mengendalikan majlis perminangan, inilah kenangan yang paling mencabar dalam hidup aku. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Kini ramadhan menjelang tiba sudah pasti imam terawih menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul. apakah boleh lari dari tanggungjawab semua ini. Kalau lari sudah pasti kena tukar opsyen. Sebelum ramadhan menjelang tiba undangan kenduri juga banyak ada yang berhajat untuk aku bacakan doa ada yang undangan biasa. begini lah rutin kita seharian. walaubagaimana sesekali hadhori sempat lagii kott..............

0 comments:

Post a Comment