Friday, August 7, 2009

KEMBALIKAN KUASA GURU

sepanjang aku bergelar guru aku melihat guru ini hanya mengajar subjek yang telah ditetapkan megikut silibus tertentu. Sekiranya seorang murid itu tidak melaksanakan kerja yang diberikan oleh guru, guru tidak boleh mengambil sebarang tindakan atau dengan kata guru takut mengambil tindakan terhadap muridnya kerana bimbang akan diserang oleh waris. Fenomena ini berlaku dan sememangnya berlaku diera ini. Apa yang lebih hebat lagi guru akan didakwa dimahkamah atas kesalahan merotan pelajar atau sebagainya. Bila aku baca entri Tn hasmadi "mencari keadilan". Aku memikirkan sesuatu kenapa semua ini boleh berlaku. Waris sanggup membela anaknya yang sememangnya bersalah melanggari displin sekolah. pelik sungguh dunia hari ini. kata orang apa yang nak pelik hukam Allah lagi dilanggarinya apatah lagi hukum manusia. Bodoh sungguh manusia yang macam ini.
aku teringat satu kisah dulu yang berlaku di Skolah menengah di negeri Kedah ni, kes pelajar tumbuk guru akhirnya guru ditukarkan.(kalau tak silap lah) betapa hilangnya moral perguruan. apakah semua ini akibat daripada campur tangan politik yang rakus dengan kuasa kuku besi. Begitu juga pernah satu ketika dulu iklan yang disiarkan dalam televisyen yang menggambarkan seorang murid yang jahat sentiasa lawan cikgu dan melakukan kesalahan displin sekolah akhirnya berjaya dalam hidup. Bagi aku iklan ini adalah iklan yang bodoh dan orang yang mengarahkan untuk menerbitkan iklan itu adalah bodoh sombong. apakah ini yang kita nak ketengahkan. tak tau la pulak kalu kita suka negara kita ini sebagai negara samseng yang berjaya dalam pelajaran.
Kenapa orang dulu-dulu menyerahkan kepada guru dengan pesanan jangan bagi cacat dan buta sudah . waris ini cubit sikit awal lagi dah tunggu depan pintu kelas, jagan main-main.......................
tapi hari ini aku rasa Timbalan menteri pelajaran akan membuka ruang kepada guru-guru dengan tidak melayan seratus peratus aduan dan tindakan para waris ini. Aku juga berharap kuasa guru dikembalikan jika tidak kita akan menempuh kemusnahan generasi akan datang.....

0 comments:

Post a Comment