Thursday, June 21, 2012

KEMBALI BERBLOG

Lama sudah aku tidak  berblog. Rasanya mungkin bertahun sudah lama nya aku telah meninggalkan dunia blog ini. Malam ini entah macam terdetik dihati untuk kembali berblog. Mungkin pada suatu ketika dahulu ruangan blog ini menjadi famous atau popular didalam melontarkan buah fikiran ataupun dijadikan rakaman diari kehidupan untuk ditatapi pada masa yang akan datang. Perkembangan dunia teknologi maklumat hari mungkin menyebabkan manusia lebih selesa dengan facebook twiter dan sebagainya.

Hakikatnya apa jenis fungsi dunia teknologi maklumatt ini harus dijadikan bahan kearah kebaikan. Apa punn aku hampirr terlupa bagaimana nak memaparkan blog ini. Penat juga aku mencari dengan menekan atau menklik pelbagai tempat. Macam ni laa juga agaknyaa kalu tinggal baca Al-Quran terba-raba atauu merangkak bagaikan anak kucing untuk membacanya. mungkinkah aku mampu untuk mengupdate blog ini seperti dahulu. Kesibukan hal dunia menyebabkan aku lupa hak dunia.

walaubagaimanapun aku berharap blog ini akan kembali aktif aku memohon kepada yang maha kuasa agar memberi kekuatan untuk kembali berblog

0 comments:

Post a Comment