Sunday, July 12, 2009

ALIH-ALIH LIMA TAHUN

Apabila menjengah blog akhimizi memang menarik tulisannya yang sering mengingatkan kita tentang kerja buat sebagai seorang pendidik. Aku mula terfikir kembali bagaimana kita semua akan mengahadapi situasi ini pada 10 , 20, 30 tahun masa akan datang. Isu PPSMI, gurunya tidak membicarakan tentang p&p dalam bahasa Inggeris atau bahasa melayu tetapi membicarakan elaun diteruskan atau akan diberhentikan. Apatahlagi penambahan waktu untuk subjek bahasa inggeris apabila PPSMI dimansuhkan amat membimbangkan mereka kerana sudah pasti jadual waktu berubah dan bertambah atau dalam bahasa yang mudah terpaksa balik lewat. Pernah satu ketika aku berkata “dah lama dah balik awal kena balik lewat laa pulak”. Mereka tak sedar yang guru jQAF dah 5 tahun balik lewat tak dak masalah pun ada keluarga macam mereka la juga. Pernah juga aku melawak dengan mereka semua yang kami guru jqaf dah 5 tahun balik lewat tak ada masalah pun. Tapi mereka jawab kat aku macam ni ustaz ustazah tak pa la semuanya baik-baik zuhud nak pahala lebih. Maka aku pun jawab “ saja la ustaz ustazah ja yang baik dan nak pahala lebih, cikgu-cikgu tak mau pahala, pastu ka ustaz usatazah ja yang masuk syurga orang lain masuk neraka la”. Kasar bunyinya kata mereka,memang kena kasar sikit baru terandaih kalau tidak seperti memamah daun salad tanpa sambal tak ubah seperti kambing.

Dalam apa kerja sekali pun orang yang melaksana tugas yang telah direncanakan amat perik dan pedih menangungnya. Berjaya atau tidak semua orang akan menuding jari kepada pelaksana tak cukup jari jemari manusia di tambahkan lagi dengan jari tok sami yang banyak. Ini lah cabaran yang paling hebat. Kalau aku takut dengan cabaran yang macam ini kita patut malu dengan lembu dan kerbau yang setiap hari berdepan dengan cabaran untuk disembelihkan. Kesilapan pihak perancang pihak pelaksana mesti perbetulkan. Jika ini jadi pertikaian lagu bangau oh bangau akan dimainkan. Aku rasa kerja yang susah semua orang tak mau maka kita kena buat bagi jadi mudah. Cumanya jagan lah pihak perancang menghindik pihak pelaksana diatas kesilapan yang sedikit dan kekaburan masalah.

Sampai hari ini aku masih tercari-cari punca kenapa budak-budak lambat baca Al-Quran . dimana silap aku yang membuatkan mereka lambat membaca Al Quran. Aku rasa kena kaji banyak lagi dimana silapnya. Mungkin silap dari sudut pendekatan, kaedah pembelajaran, pengajaran, modul, kekurangan alat bantuan, atau perancangan dan pelaksanaan secara mi segera. Dulu aku pernah memperkatakan tentang kesesuaian waktu P&P Al Quran ini tapi mungkin secara atas angin sahaja membuatkan orang tak faham kot Insya Allah lepas ni aku akan memperincikan lagi masalah budak lambat baca quran ini.

Lima tahun aku sebagai pendidik banyak pengalaman yang aku dapat berbanding lima tahun sebelumnya kosong saja. Penat jerih seorang guru siapa pun tak peduli dahulu title seorang guru penuh sanjungan tapi sekarang apa sudah jadi……ustaz hanya perlu pada majlis kenduri atau untuk meminang baru nak cari ustaz. Masuk hantu suruh ustaz jampi. Macam-macam ada…

Mula-mula jadi guru jqaf macam-macam rasa, masin masam manis pedas pahit kelat dan akhir sekali secukup rasa. Kekadang semangat kekadang down tapi aku semangat ngn kekawan seperjuangan yang sememangnya hebat dalam jqaf niee begitu juga dengan pegawainya yang sanggup melayan karenah guru jqaf nie. Alih-alih baru 5 tahun …………

0 comments:

Post a Comment