Wednesday, July 15, 2009

PENGORBANAN TIADA JANJI

sedang aku menulis entri ini aku memikirkan sesuatu yang ditulis oleh akhimizi,baru 5 tahun siri kedua. Cabaran dan mehnah tribulasi sentiasa berhadapan dengan kita sebagai seorang guru. Keikhlasan yang dilaksanakan akhirnya bala yang diperolehi bermakna itu adalah ujian dari yang maha berkuasa, keikhlasan ini susah diukur dibangsakan dengan amrun iktibari. Perlu yang amat sangat segala kerja buat kita ditunjukan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas. Sebaliknya berlaku orang kata kita tak buat kerja. keterpaksaan yang akhirnya lahir keikhlasan sukar dibentuk tetapi senang dilaksanakan. sekiranya keikhlasan hanya pada pihak pelaksana dan tidak pada pihak perancang maka kehancuran mengundang tiba. Habuan duniawi yang melambak luak dengan pelbagai isentif atau royalti yang dimamah tanpa henti tiada penyelesaiannya. Akhirnya pelaksana membawa haluan sendiri..

meletak kayu ukur dengan grombolan PPSMI ini tiada maknanya. Bercakap boleh sakit hati kalu tak cakap tak puas hati kalu memedam makan hati pula. program yang lebih penting dimata dunia akan di beri perhatian lebih walaupun berjuta dihabiskan yang tiada natijahnya. tidakkah mereka terasa menghabiskan duit kerajaan selama ini. Semua guru PPSMI dapat laptop seorang satu adakah setiap P&P mereka gunakan.aku rasa takk lebih P&P chalk and talk. Tapi kalu kita la buat macam tue apa nak jadi........ jawabnya jadi laah apa pun......

Janji tinggal tapak janji...... kita tak boleh salahkan pegawai kerana mereka hanya menjalankan tugas...... Apa pun sekarang ini aku rasa semua ini macam janji pilihanraya saja ada untung dapat kalu rugi hampas tebu semua tuee... Aku rasa pelik yang amat sangat kenapa duit KBS hanya diumpamakan wang ehsan saja tidak sebut sebagai peruntukan khas untuk membina modal insan yang berkualiti. Sama seperti peruntukan Skim Bantuan Tuisyen yang mementingkan peningkatan akedamik. Tidak cukup dengan perhead dibayar kepada guru diberi pula makan percuma, belana duit dihabiskan. Murid yang tidk hadir digantikan dengan murid lain dengan begitu pantas janji guru boleh claim dengan sepenuhnya.

Aku rasa orang atasan pun berfikir macam aku fikir tapi apa boleh buat mereka juga menurut perintah makan gaji macam aku jugaa... tapi takkan kesatuan duduk saja ataupun sibuk dok bincang pasai bab orang lain PPSMI ka............ rumah tangga kita tak tahuan punca dok sibuk pasai rumah orang pulak kacau macam ni. pernah juga satu ketika aku memikirkan nak tubuh kesatuan guru2 jQAF ini tapi nampakknya sokongan agak hambar. aku dah ambil borang dan rangka perlembagaan hanya nak tubuh jawatankuasa penaja untuk bermesyuarat....tetapi sambutan hambar........ apa yang aku dengar hang buat dulu aku nak ikut saja ........... mana boleh buat sorang tak jadi sebab tuee la Islam suruh kahwin baru menjadi dengan baik.

0 comments:

Post a Comment