Monday, July 6, 2009

musim tukar menukar

Penantian itu satu penyeksaan kata orang tapi setiap yang dikata telah pun di kota setiap yang dijanji telah pun ditepati....... Kemarahan kembali reda keresahan kembali gembira yang jauh telah menjadi dekat yang selalu diingati telah pun dilupai. sehari dua ini melihat tengok ramai kekawan aku sudah kembali ceria dan tidak bermuram durja kerana masing-masing dah dapat memo pertukaran. Kalau dulu dalam perjanjian selepas 3 tahun setengah kohort 2005 boleh mengisi borang maka terjawab sudah perjanjian tersebut.
Tapi yang aku seronoknya masa tak boleh tukar riuh sekampung bila dah boleh tukar senyap ja betoi kata orang tua-tua masa sedap tak ingat sapa pun tapi bila sakit keloi mak riuh sekampung. biasa lah dunia semua tu. Ada kawan aku seorang tu pula masa tak boleh tukar riuh merata forum nak tukar tapi bila orang bagi laluan tak isi borang pula aku rasa puas pegawai cari borang dia nak bagi dia tukar tub, tub tak ada pulak. mungkin dulu dia tak dak teman la nie dah ada lupa semua dah la kott... biasa laa orang kita........

0 comments:

Post a Comment